Pengenalan

      

   Bissmillahirrahmanirrahim,..Assalamualaikum nama saya Muhammad Shazrul Fitri bin Mohamad Rosli. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Kedah.saya sekarang adalah seorang pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.dari bidang electrical engineering. Walaupun sedang belajar dalam bidang engineering namun saya memiliki minat atau hobi kearah yang lain iaitu photography,typography,memancing, dan ride atau konvoi bersama rakan rakan.

      Setiap orang mempunyai minat mereka tersendiri. Minat itu sudah tentu merujuk kepada hobi. Apa itu hobi sebenarnya?

Hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasan dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Hobi tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diwariskan. Tidak dinafikan juga hobi dilakukan megikut minat seseorang berdasarkan peredaran masa dan persekitaran. Tapi yang pasti, selagi seseuatu aktiviti itu memberi ketenangan dan kepuasan, iulah hobi.

Saya mempunyai bermacam-macam jenis aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai suatu aktiviti yang berfaedah dan boleh ditakrifkan sebagai hobi. Antaranya, photography, typography, memancing dan  berkonvoi atau ride bersama rakan rakan.


No comments:

Post a Comment