suasana suram jalan raya sering kali bertukar meriah apabila konvoi motosikal mengisi ruang jalan sehingga membuat pengguna jalan raya lain terpegun melihat aksi mereka.Kumpulan yang digelar mat motor atau kaki ride ini sering kali tampil dengan warna pakaian, topi keledar dan jenis motor yang seragam sekali gus menampilkan pesona gah di mata orang lain.Biarpun kadang-kadang dikaitkan dengan konotatif negatif seperti mat rempit, namun kumpulan-kumpulan kaki ride ini tetap tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Malaysia.Apatah lagi dengan banyak keluaran motosikal jenis baharu, maka lebih banyaklah geng kaki ride ini membentuk kumpulan atau persatuan mereka sendiri sama ada mengikut jenis atau jenama motosikal. Lumrah dalam mana-mana kumpulan atau persatuan, pasti ada ragam ahlinya yang kadang-kadang kala tidak tercapai dek akal dan penyakit ini juga turut meresap dalam kalangan riders. disini saya sertakan link youtube untuk video dimana saya bersama kawan kawan berkonvoi atau ride ke kuala perlis.

No comments:
Post a Comment